Rabu, 16 Disember 2009

KONSERT INSAN CEMERLANG DI PONTIAN


KONSERT INSAN CEMERLANG

DI DEWAN JUBLI INTAN, PONTIAN JOHOR







Selasa, 8 Disember 2009

KONSERT AMAL MERDEKA 2008 DI MIRI



Konsert ‘Amal & Penutupan Karnival ‘Amal Merdeka 2008

Jawatankuasa Pelaksana dan Barisan Artis Konsert Amal Merdeka 2008”

As-Sarawaki, 17 Ogos 2008: Alhamdulillah atas nikmat jiwarasa yang dahagakan halwa hakiki dan hiburan sejati. Syukur kepada Allah SWT kerana pada 17 Ogos 2008 setelah 2 hari berpogram yang rencam, Karnival ‘Amal Merdeka 2008 anjuran Yayasan Amal Malaysia (Unit Miri) telah ditutup dengan rasminya oleh Dato Sri Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari B. Tun Abg. Hj. Openg, Menteri Perumahan Sarawak yang turut sudi menyumbangkan RM10,000 untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti akan datang. Pada malam tersebut, Yayasan Amal Malaysia turut menyumbangkan RM4,000 kepada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERYATIM). Bagi menyerikan Majlis Penutupan Rasmi ini, satu Konsert ‘Amal Merdeka telah diadakan yang menampilkan Saudara Nazrey Johani, Saudara Akhwan Afandi dan Kumpulan Devotees, selain persembahan pentomin ‘Kemerdekaan’ oleh mahasiswa dari Curtin Islamic Society (CIS). Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan Karnival ‘Amal Merdeka 2008 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jom jadikan kebajikan sebagai modus operandi mengubah dunia! Semoga Allah menerima segala ‘amalan kita. Amiin Ya Rabb!

[Nota As-Sarawaki: Alhamdulillah atas terlaksananya Konsert 'Amal Merdeka 2008. Untuk tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya lima (5) konsert hiburan 'lagha' (melalaikan) telah diadakan di Bandaraya Miri yang semuanya mendapat sambutan hangat. Ramai 'membebel' tentang budaya hedonisme, tetapi apa alternatif yang kita sediakan? "Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah." Mudah-mudahan Konsert Kesenian Islam sebegini akan terus diikhtiarkan oleh para jurudakwah dalam usaha mengkayakan budi, nilai dan hikmah. Alhamdulillah, daripada maklumbalas penonton yang memenuhi Dewan Suarah Miri (anggaran kehadiran: lebih 500 orang), semuanya berpuas hati dengan persembahan yang dialunkan dan semoga turut beroleh pengisian rohani dalam mencari cinta dan menuju cahaya kebahagiaan, mudah-mudahan.]






KONSERT & MOTIVASI DI UTHM

MOTIVASI PERDANA & KONSERT
Ust Akhwan & Ramli Sarip
DI DEWAN TUH HUSSEIN ONN, UTHM





Jumaat, 4 Disember 2009

KONSERT UST AKHWAN BERSAMA RABBANI DI STESMA


KONSERT UST AKHWAN BERSAMA RAMLI SARIP & AZHAN ATAN

KONSERT AMAL MERDEKA 2009
di Stadium Tertutup Miri, Sarawak
15 Ogos 2009

Klik di sini Untuk Dapatkan video clip untuk Duet
Ustaz Akhwan vs Ramli Sarip